Saturday 21 April 2012

SEMBANG SANTAI BELIA

SALAM 1 BELIA 1 MALAYSIA

Program sembang-sembang santai mesra belia akan dilaksanakan diseluruh negeri pulau pinang. Pelbagai aktivti dan program yang telah disusun dan akan dilaksanakan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran. Sokongan dan maklumbalas semua pihak terutamanya golongan belia harapan negara amat diharapkan.

Bersama meneruskan kecemerlangan Transformasi Negara.

Friday 20 April 2012

SEMBANG MESRA BELIA & BBQ NIGHT

Salam 1 Belia 1 Malaysia..

Pada 20 April 2012 (Jumaat) jam 8.00 malam bertempat di Perkarangan Pejabat Pengurusan Belia 4B (M) Kawasan Balik Pulau, Teluk Kumbar telah diadakan Program Sembang Santai Belia dan BBQ Night 1 Malaysia anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan Gerakan Belia 4B Kawasan Balik Pulau. Pelbagai acara telah diadakan sempena program tersebut. Antaranya adalah majlis BBQ, sesi santai bersama Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Bekas Naib Canselor Uitm, Cabutan Bertuah serta persembahan nyanyian band musik tempatan.

Pada malam itu, seramai lebih kurang 800 orang golongan belia tempatan dan penduduk setempat telah hadir dan memeriahkan program itu. Sempena majlis itu juga, Tan Sri Ibrahim telah  berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama pemuda dan pemudi di kawasan Balik Pulau. Turut memeriahkan majlis ialah YB Dato' Dr. Hilmi Yahya, (Ketua UMNO Balik Pulau), Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri,  Encik Rosli Haji Ismail, Encik Mozakir Buyong Mokhtar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta beberapa orang pegawai dan ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Balik Pulau. Tan Sri Ibrahim telah menyampaikan sedikit nasihat dan perkongsian minda tentang  agenda parti pembangkang yang selama ini telah menyogok minda anak minda ini dengan propaganda mereka yang secara hakikatnya hanyalah untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja.

Menurut maklum balas seorang pemuda yang tidak mahu namanya disiarkan, program seumpama ini sepatutnya telah lama diadakan dalam usaha untuk menarik minat kembali golongan muda tempatan untuk terus memberikan sokongan dan kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Ujarnya lagi, pemimpin Barisan Nasional yang ada sekarang perlu lebih mendekatkan diri dengan masyarakat dan golongan belia agar mereka tidak lari dan menyokong parti pembangkang yang mana mereka lebih 'mesra' dengan golongan-golongan ini.




Dalam pada masa itu, Dr. Hilmi mengaharapkan agar semua golongan belia di sini memberikan sokongan yang penuh kepada barisan pemimpin yang ada untuk terus membela nasib dan merampas kembali Parlimen Balik Pulau dari kerajaan Pakatan Rakyat, katanya. Program pada malam itu telah tamat pada jam 12.00 malam dengan seribu pengharapan dan jutaan kenangan. Semoga matlamat yang direncanakan dapat dicapai dengan jayanya..

SEMBANG MESRA PERMATANG TOK MAHAT

SEMBANG-SEMBANG MESRA BELIA SIRI 1 DUN SUNGAI ACHEH TELAH DIADAKAN PADA 20 APRIL 2012 JAM 8.30 MALAM  BERTEMPAT DI DEWAN GERAKAN PERMATANG TOK MAHAT, SPS. INI MERUPAKAN PROGRAM PERTAMA GERAKAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN BELIA DI KAWASAN DUN SUNGAI ACHEH BAGI DAERAH SPS UNTUK TAHUN 2012. PROGRAM DIANJUR BERSAMA OLEH GERAKAN BELIA 4B KAWASAN NIBONG TEBAL DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SPS. VIP YANG HADIR, YB DATO' MAHMUD ZAKARIA. TURUT HADIR, PEGAWAI JASA DARIPADA PUTRAJAYA. KEHADIRAN DIANGGARKAN SERAMAI 60 ORANG.