Sunday 22 April 2012

SANTAI SAMBIL BERKAROM...

22 April 2012, Kampung Tok Panjang

Program Mari Berkarom anjuran Pejabat Belia dan Sukan SPT dengan kerjasama Kelab Bolasepak Tok Panjang telah berjaya menarik minat lebih kurang 50 orang belia dan penduduk setempat disekitar kawasan Kampung Tok Panjang. Program ini adalah rentetan dari program Sembang-Sembang Mesra Pemimpin bersama golongan belia bagi daerah Seberang Perai Tengah.

Program seumpama ini amat menarik dan pertama kali diperkenalkan di kawasan ini, yang mana golongan belia dan majoriti penduduk di situ kurang menyokong kerajaan Persekutuan. Namun begitu, melalui program santai belia ini diharapkan ianya akan dapat menarik kembali minat dan kepercayaan mereka dalam memberikan sokongan padu terhadap kerajaan Barisan Nasional.




Bertempat di kedai kopi Kampung Tok Panjang ini, 'Mari Berkarom' telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari penduduk tempatan terutamanya golongan belia disitu. Turut memeriahkan program itu adalah Penyelaras DUN Bukit Tengah iaitu Dr. Lim Boon San dan Penolong Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Wan Muhammad Khairul Nazri serta beberapa orang pegawai Jabatan Belia dan Sukan. Hadiah pertandingan merupakan hamper berbentuk barang keperluan harian dan piala iringan. Hadiah telah disampaikan oleh saudara Ahmad b. Hussin iaitu Pengerusi Kelab Bolasepak Tok Panjang. Dr. Lim juga telah menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM500 kepada belia tempatan bagi membeli set papan karom untuk kegunaan mereka sebagai aktiviti di masa lapang. Walaupun dalam kesibukan dengan tugas beliau sebagai Penyelaras DUN dan terlibat sama dalam Lawatan Kerja Perdana Menteri, beliau masih berkesempatan untuk bersama belia di situ serta beramah mesra bersama mereka. Progam tamat pada jam 6.30 petang.

    

Suasana sekitar Program Mari Berkarom Kampung Tok Panjang, Seberang Perai Tengah.

No comments:

Post a Comment