Sunday 22 April 2012

KARNIVAL MESRA RAKYAT PERMATANG PAUH

15 April 2012, Tanah Liat

Bertempat di Kampung Tanah Liat, Mukim 9, telah dijalankan Program Karnival Mesra Rakyat anjuran  Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dan Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dengan kerjasama Penyelaras DUN Penanti dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

Dianggarkan seramai 800 orang telah menghadiri program tersebut dimana pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan. Antaranya adalah, Autoshow, Sukenaka Rakyat, Kenduri Rakyat, Majlis Penyerahan Buku Akaun Tabung Haji kepada pelajar sekolah rendah dalam DUN Penanti dan pelbagai lagi acara sampingan. Antara matlamat program tersebut adalah untuk merapatkan hubungan para pemimpin dengan masyarakat tempatan dan mendapatkan kembali kepercayaan orang ramai untuk menyokong dan memberikan keyakinan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk menerajui kembali Pulau Pinang.  Majlis penyerahan buku akaun Tabung Haji telah disampaikan oleh Saudara Ibrahim Ahmad iaitu Penyelaras DUN Penanti.

Encik Rosli b. Haji Ismail, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang serta beberapa orang pegawai belia juga turut hadir ke program tersebut dalam usaha membantu melaksanakan serta memeriahkan suasana program. Encik Rosli juga telah berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara Autoshow. Maklum balas dari penduduk kampung juga amat membanggakan, di mana ramai yang menyokong aktiviti seumpama ini dilaksanakan lebih kerap dan lebih mesra dengan orang ramai. Ianya juga amat menarik dan lebih santai berbanding program-program yang lebih protokol dan acara yang rasmi.

Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT, En. Sahaipun, program ini adalah program secara bersama pihak NGO, pemimpin tempatan dan JKKK kampung serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang mana secara langsung dapat memberikan satu impak yang amat besar dan lebih langsung kepada pelanggan, iaitu masyarakat setempat. Beliau berkata lagi, program seumpama ini lebih diminati dan lebih mudah untuk dilaksanakan dan memaklumkan bahawa akan mengadakan acara seumpama ini lagi pada masa-masa akan datang. Program tamat pada jam 2.00 petang.




No comments:

Post a Comment