Sunday 22 April 2012

SANTAI SAMBIL BERKAROM...

22 April 2012, Kampung Tok Panjang

Program Mari Berkarom anjuran Pejabat Belia dan Sukan SPT dengan kerjasama Kelab Bolasepak Tok Panjang telah berjaya menarik minat lebih kurang 50 orang belia dan penduduk setempat disekitar kawasan Kampung Tok Panjang. Program ini adalah rentetan dari program Sembang-Sembang Mesra Pemimpin bersama golongan belia bagi daerah Seberang Perai Tengah.

Program seumpama ini amat menarik dan pertama kali diperkenalkan di kawasan ini, yang mana golongan belia dan majoriti penduduk di situ kurang menyokong kerajaan Persekutuan. Namun begitu, melalui program santai belia ini diharapkan ianya akan dapat menarik kembali minat dan kepercayaan mereka dalam memberikan sokongan padu terhadap kerajaan Barisan Nasional.




Bertempat di kedai kopi Kampung Tok Panjang ini, 'Mari Berkarom' telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari penduduk tempatan terutamanya golongan belia disitu. Turut memeriahkan program itu adalah Penyelaras DUN Bukit Tengah iaitu Dr. Lim Boon San dan Penolong Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Wan Muhammad Khairul Nazri serta beberapa orang pegawai Jabatan Belia dan Sukan. Hadiah pertandingan merupakan hamper berbentuk barang keperluan harian dan piala iringan. Hadiah telah disampaikan oleh saudara Ahmad b. Hussin iaitu Pengerusi Kelab Bolasepak Tok Panjang. Dr. Lim juga telah menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM500 kepada belia tempatan bagi membeli set papan karom untuk kegunaan mereka sebagai aktiviti di masa lapang. Walaupun dalam kesibukan dengan tugas beliau sebagai Penyelaras DUN dan terlibat sama dalam Lawatan Kerja Perdana Menteri, beliau masih berkesempatan untuk bersama belia di situ serta beramah mesra bersama mereka. Progam tamat pada jam 6.30 petang.

    

Suasana sekitar Program Mari Berkarom Kampung Tok Panjang, Seberang Perai Tengah.

PM PERIHATIN... BERTEMU RAKYAT..




Ahad, 22 April 2012

Nibong Tebal, Kira-kira 2 jam yang lalu, YAB Perdana Menteri Malaysia telah melaungkan bahawa Barisan Nasional akan melakukan gerakan perang saraf ke atas pembangkang mulai hari ini kerana percaya rakyat telah membuat satu transformasi yang amat hebat terhadap kepercayaan kepada kerajaan Barisan yang telah lama berjuang dan membela nasib rakyat di negara ini. Beliau melaungkan amaran tersebut sempena Program Kenduri Rakyat 1 Malaysia yang telah dihadiri kira-kira seramai 22,000 orang penyokong dan rakyat tempatan yang mana telah menyaksikan kebanjiran manusia yang diluar jangkaan. Turut hadir bersama adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri, Dato' Zainal Abidin Othman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional yang baru dilantik, Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Perdana Menteri (ICU),  serta beberapa orang jemputan dan jawatankuasa Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang.

Pada majlis tersebut, Datuk Sri Najib Tun Razak juga telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM8.5 juta untuk pembangunan dan kemudahan infrastruktur di Kawasan Parlimen Nibong Tebal demi keselesaan serta memenuhi impian rakyat temptan yang inginkan kemajuan di kawasan mereka. Pengumuman itu telah disambut dengan sorakan dan tepukan yang amat gemuruh oleh ribuan rakyat yang hadir sempena majlis tersebut. Peruntukan tersebut meliputi pembinaan sebuah Dewan Orang Ramai bernilai RM3 juta, menambahbaik serta menaiktaraf pangsapuri (RM2 juta), membaik pulih perkampungan India dan perkampungan Cina di Jawi (RM2 juta) dan membina semula Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Amin (RM1.5 juta).

Ini telah membuktikan bahawa, kerajaan yang memerintah pada masa kini amat perihatin dan mengambil berat terhadap segala permasalahan rakyat dan rakyat mestilah didahulukan, baharulah pencapaian diukur, baharulah kita dapat sokongan dan kepercayaan rakyat dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, ujar YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau. Beliau juga amat berterima kasih dan sungguh terharu dengan sambutan yang telah diberikan oleh rakyat tempatan yang mana telah membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional masih diterima rakyat dan akan diberi mandat untuk terus memerintah Malaysia pada masa-masa yang
akan datang.


Pada majlis yang sama juga, para penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi kawasan KADUN Jawi, Sungai Bakap dan Sungai Acheh yang masih belum menerima bantuan dan yang membuat rayuan juga dijalankan. Dianggarkan seramai 800 orang penerima telah menerima bantuan tersebut pada hari ini.


Menurut ulasan seorang penduduk di sini, program pada hari ini amat bagus dan bertepatan sekali diadakan pada masa sekarang memandangkan rakyat ingin berjumpa dan mendengar sendiri apa yang hendak diperkatakan oleh Perdana Menteri berkaitan beberapa isu politik dan khususnya tentang tomahan parti pembangkang terhadap kerajaan pemerintah. Di samping itu, ianya dapat memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk menambahkan pendapatan melalui gerai jualan dan peluang membekalkan kemudahan serta bekalan termasuk makan minum sempena program itu. Program tamat pada jam 3.00 petang.







KARNIVAL MESRA RAKYAT PERMATANG PAUH

15 April 2012, Tanah Liat

Bertempat di Kampung Tanah Liat, Mukim 9, telah dijalankan Program Karnival Mesra Rakyat anjuran  Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dan Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dengan kerjasama Penyelaras DUN Penanti dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

Dianggarkan seramai 800 orang telah menghadiri program tersebut dimana pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan. Antaranya adalah, Autoshow, Sukenaka Rakyat, Kenduri Rakyat, Majlis Penyerahan Buku Akaun Tabung Haji kepada pelajar sekolah rendah dalam DUN Penanti dan pelbagai lagi acara sampingan. Antara matlamat program tersebut adalah untuk merapatkan hubungan para pemimpin dengan masyarakat tempatan dan mendapatkan kembali kepercayaan orang ramai untuk menyokong dan memberikan keyakinan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk menerajui kembali Pulau Pinang.  Majlis penyerahan buku akaun Tabung Haji telah disampaikan oleh Saudara Ibrahim Ahmad iaitu Penyelaras DUN Penanti.

Encik Rosli b. Haji Ismail, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang serta beberapa orang pegawai belia juga turut hadir ke program tersebut dalam usaha membantu melaksanakan serta memeriahkan suasana program. Encik Rosli juga telah berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara Autoshow. Maklum balas dari penduduk kampung juga amat membanggakan, di mana ramai yang menyokong aktiviti seumpama ini dilaksanakan lebih kerap dan lebih mesra dengan orang ramai. Ianya juga amat menarik dan lebih santai berbanding program-program yang lebih protokol dan acara yang rasmi.

Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT, En. Sahaipun, program ini adalah program secara bersama pihak NGO, pemimpin tempatan dan JKKK kampung serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang mana secara langsung dapat memberikan satu impak yang amat besar dan lebih langsung kepada pelanggan, iaitu masyarakat setempat. Beliau berkata lagi, program seumpama ini lebih diminati dan lebih mudah untuk dilaksanakan dan memaklumkan bahawa akan mengadakan acara seumpama ini lagi pada masa-masa akan datang. Program tamat pada jam 2.00 petang.




Saturday 21 April 2012

SEMBANG SANTAI BELIA

SALAM 1 BELIA 1 MALAYSIA

Program sembang-sembang santai mesra belia akan dilaksanakan diseluruh negeri pulau pinang. Pelbagai aktivti dan program yang telah disusun dan akan dilaksanakan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran. Sokongan dan maklumbalas semua pihak terutamanya golongan belia harapan negara amat diharapkan.

Bersama meneruskan kecemerlangan Transformasi Negara.

Friday 20 April 2012

SEMBANG MESRA BELIA & BBQ NIGHT

Salam 1 Belia 1 Malaysia..

Pada 20 April 2012 (Jumaat) jam 8.00 malam bertempat di Perkarangan Pejabat Pengurusan Belia 4B (M) Kawasan Balik Pulau, Teluk Kumbar telah diadakan Program Sembang Santai Belia dan BBQ Night 1 Malaysia anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan Gerakan Belia 4B Kawasan Balik Pulau. Pelbagai acara telah diadakan sempena program tersebut. Antaranya adalah majlis BBQ, sesi santai bersama Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Bekas Naib Canselor Uitm, Cabutan Bertuah serta persembahan nyanyian band musik tempatan.

Pada malam itu, seramai lebih kurang 800 orang golongan belia tempatan dan penduduk setempat telah hadir dan memeriahkan program itu. Sempena majlis itu juga, Tan Sri Ibrahim telah  berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama pemuda dan pemudi di kawasan Balik Pulau. Turut memeriahkan majlis ialah YB Dato' Dr. Hilmi Yahya, (Ketua UMNO Balik Pulau), Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri,  Encik Rosli Haji Ismail, Encik Mozakir Buyong Mokhtar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta beberapa orang pegawai dan ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Balik Pulau. Tan Sri Ibrahim telah menyampaikan sedikit nasihat dan perkongsian minda tentang  agenda parti pembangkang yang selama ini telah menyogok minda anak minda ini dengan propaganda mereka yang secara hakikatnya hanyalah untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja.

Menurut maklum balas seorang pemuda yang tidak mahu namanya disiarkan, program seumpama ini sepatutnya telah lama diadakan dalam usaha untuk menarik minat kembali golongan muda tempatan untuk terus memberikan sokongan dan kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Ujarnya lagi, pemimpin Barisan Nasional yang ada sekarang perlu lebih mendekatkan diri dengan masyarakat dan golongan belia agar mereka tidak lari dan menyokong parti pembangkang yang mana mereka lebih 'mesra' dengan golongan-golongan ini.




Dalam pada masa itu, Dr. Hilmi mengaharapkan agar semua golongan belia di sini memberikan sokongan yang penuh kepada barisan pemimpin yang ada untuk terus membela nasib dan merampas kembali Parlimen Balik Pulau dari kerajaan Pakatan Rakyat, katanya. Program pada malam itu telah tamat pada jam 12.00 malam dengan seribu pengharapan dan jutaan kenangan. Semoga matlamat yang direncanakan dapat dicapai dengan jayanya..

SEMBANG MESRA PERMATANG TOK MAHAT

SEMBANG-SEMBANG MESRA BELIA SIRI 1 DUN SUNGAI ACHEH TELAH DIADAKAN PADA 20 APRIL 2012 JAM 8.30 MALAM  BERTEMPAT DI DEWAN GERAKAN PERMATANG TOK MAHAT, SPS. INI MERUPAKAN PROGRAM PERTAMA GERAKAN TRANSFORMASI PEMBANGUNAN BELIA DI KAWASAN DUN SUNGAI ACHEH BAGI DAERAH SPS UNTUK TAHUN 2012. PROGRAM DIANJUR BERSAMA OLEH GERAKAN BELIA 4B KAWASAN NIBONG TEBAL DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SPS. VIP YANG HADIR, YB DATO' MAHMUD ZAKARIA. TURUT HADIR, PEGAWAI JASA DARIPADA PUTRAJAYA. KEHADIRAN DIANGGARKAN SERAMAI 60 ORANG.