Pada 20 April 2012 (Jumaat) jam 8.00 malam bertempat di Perkarangan Pejabat Pengurusan Belia 4B (M) Kawasan Balik Pulau, Teluk Kumbar telah diadakan Program Sembang Santai Belia dan BBQ Night 1 Malaysia anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan Gerakan Belia 4B Kawasan Balik Pulau. Pelbagai acara telah diadakan sempena program tersebut. Antaranya adalah majlis BBQ, sesi santai bersama Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Bekas Naib Canselor Uitm, Cabutan Bertuah serta persembahan nyanyian band musik tempatan.
Menurut maklum balas seorang pemuda yang tidak mahu namanya disiarkan, program seumpama ini sepatutnya telah lama diadakan dalam usaha untuk menarik minat kembali golongan muda tempatan untuk terus memberikan sokongan dan kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Ujarnya lagi, pemimpin Barisan Nasional yang ada sekarang perlu lebih mendekatkan diri dengan masyarakat dan golongan belia agar mereka tidak lari dan menyokong parti pembangkang yang mana mereka lebih 'mesra' dengan golongan-golongan ini.
Dalam pada masa itu, Dr. Hilmi mengaharapkan agar semua golongan belia di sini memberikan sokongan yang penuh kepada barisan pemimpin yang ada untuk terus membela nasib dan merampas kembali Parlimen Balik Pulau dari kerajaan Pakatan Rakyat, katanya. Program pada malam itu telah tamat pada jam 12.00 malam dengan seribu pengharapan dan jutaan kenangan. Semoga matlamat yang direncanakan dapat dicapai dengan jayanya..
No comments:
Post a Comment