Ahad, 22 April 2012
Nibong Tebal, Kira-kira 2 jam yang lalu, YAB Perdana Menteri Malaysia telah melaungkan bahawa Barisan Nasional akan melakukan gerakan perang saraf ke atas pembangkang mulai hari ini kerana percaya rakyat telah membuat satu transformasi yang amat hebat terhadap kepercayaan kepada kerajaan Barisan yang telah lama berjuang dan membela nasib rakyat di negara ini. Beliau melaungkan amaran tersebut sempena Program Kenduri Rakyat 1 Malaysia yang telah dihadiri kira-kira seramai 22,000 orang penyokong dan rakyat tempatan yang mana telah menyaksikan kebanjiran manusia yang diluar jangkaan. Turut hadir bersama adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri, Dato' Zainal Abidin Othman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional yang baru dilantik, Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Perdana Menteri (ICU), serta beberapa orang jemputan dan jawatankuasa Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang.
Pada majlis tersebut, Datuk Sri Najib Tun Razak juga telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM8.5 juta untuk pembangunan dan kemudahan infrastruktur di Kawasan Parlimen Nibong Tebal demi keselesaan serta memenuhi impian rakyat temptan yang inginkan kemajuan di kawasan mereka. Pengumuman itu telah disambut dengan sorakan dan tepukan yang amat gemuruh oleh ribuan rakyat yang hadir sempena majlis tersebut. Peruntukan tersebut meliputi pembinaan sebuah Dewan Orang Ramai bernilai RM3 juta, menambahbaik serta menaiktaraf pangsapuri (RM2 juta), membaik pulih perkampungan India dan perkampungan Cina di Jawi (RM2 juta) dan membina semula Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Amin (RM1.5 juta).
Ini telah membuktikan bahawa, kerajaan yang memerintah pada masa kini amat perihatin dan mengambil berat terhadap segala permasalahan rakyat dan rakyat mestilah didahulukan, baharulah pencapaian diukur, baharulah kita dapat sokongan dan kepercayaan rakyat dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, ujar YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau. Beliau juga amat berterima kasih dan sungguh terharu dengan sambutan yang telah diberikan oleh rakyat tempatan yang mana telah membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional masih diterima rakyat dan akan diberi mandat untuk terus memerintah Malaysia pada masa-masa yang
akan datang.
Pada majlis yang sama juga, para penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi kawasan KADUN Jawi, Sungai Bakap dan Sungai Acheh yang masih belum menerima bantuan dan yang membuat rayuan juga dijalankan. Dianggarkan seramai 800 orang penerima telah menerima bantuan tersebut pada hari ini.
No comments:
Post a Comment